Semalam, malam semalam, bukan siangnya. Aku mahu pergi berburu. Kawanku, si kancil dan si tupai, ada bersama. Aku bawa senapang patah. Peluru cuma ada 5 saja. Kancil dan tupai bawa bazooka dan machine-gun. Mereka hardcore. Aku ada simpan bom di rumah, tapi saja aku tak mahu bawa. Mereka bilang suruh bawa, tapi aku saja tak mahu bawa. Berat. Nanti, kalau aku campak bom tu dekat hutan tu, habislah semua flora dan fauna yang ada. Dah kurang habitat untuk spesis kami hidup. Aku fikir jauh . . .
Tapi, hari ini, walau kami sedar kami ini haiwan, kami tetap mahu buru haiwan. Kenapa tak mahu buru manusia? Sebab kami cuma tak mahu melawan peraturan alam. Tapi tadi tu? Ah lupakan. . .
Bila dah tiba di Hutan Anastaroja, semua sudah bersiap sedia. Aku mencari target. Apa? Babi hutan yang gila. Gila babi. Kami mahu jual pada tokey restoran Cina sebelah Syahadat tu. Dia ada resepi Babi Salai yang lazat.
Tiba-tiba, Kancil hulurkan bom tangan pada aku. Aku tolak, aku kata padanya, kita mahu berburu babi, bukan buat perangai, babi. Kancil mengangguk faham, tapi aku tahu dia tak setuju. Biarlah, dia mungkin terlalu sayangkan aku. Terima kasih sahabat.
Dipendekkan cerita, babi pun datang. Tersenyum simpul, dengan kaki berdincut-dincut. Langkah babi terhenti apabila terpandang sekuntum bunga hutan yang cantik warnanya. Warna merah jambu. Warna itu bersinar-sinar. Ada refleksi dari cahaya matahari. Aduh, jadi khayal aku. Mahu tembak babi ini, aku pulak yang tersentap tengok bunga tu. Ya aku tahu bunga itu ada madu di dalamnya. Aku nak madu tu!!!
Wohooo, kembali ke pangkal jalan. Fokus-fokus. Mahu tembak babi. Aku keluar dari semak. Aku cuba nyalakan rokok, untuk tarik perhatian si babi itu tadi. Aku tahu dia pandang aku. Aku bukan mahu berlagak, hisap rokok sahaja, tapi si babi itu tadi macam terasa gelisah. Semacam. Aku ketawa dalam hati. Ketawa berdekah. Tapi tiada siapa yang dengar.
Senapang sudah di tangan, aku sudah acu, ah tak jadilah. Tak jadi nak beri babi pada tokey tu. Biarlah dia cari sendiri babi dekat kandang babi. Lagipun benda tu haram. Jijik aku nak sentuh kalau dah terkulai nanti. Nak kena samak lagi. Hish tak nak lah aku.
Tidak lama kemudian, babi itu pun pergi. Mungkin pulang ke kandang. Mahu berjumpa rakan-rakan. Yang sama spesis. Haa. Pergi lah sana. Aku tak kisah. Aku dah ubah target aku. Aku mahu madu daripada bunga itu. Dan aku terus mendekati bunga itu tadi, aku tenung kelopaknya rapat-rapat. Wah, tampak menyelerakan! DIbelakang bunga itu, ada banyak lagi bunga-bunga yang telah dan sedang mekar. Mungkin itu familinya.
Aku lihat jam tanganku, sudah menandakan pukul 10.31 malam, ya hari ini hari Rabu, 30 May 2012. Tanpa membuang masa, aku terus menyedut madu dari bunga itu, dan aku lihat bunga itu bertukar menjadi merah. Seperti malu, yang malu mungkin. Atau mungkin mentertawakan aku. Ahh, aku yang malu. Tapi aku ikhlas ingin merasa madunya. Sedap sungguh, manisnya tak dapat aku rasa. Banyak bunga yang telah aku rasa madunya, tapi ini yang terbaik! Dan pastinya aku takkan kongsikan bersama orang lain. Kau tunggu wahai bunga, suatu hari nanti, aku akan ambil kau untuk aku tanam di perkarangan rumah ku. Biar senang aku mahu hisap madu kau, setiap masa. Aku akan jaga kau elok-elok, akan ku siram dan taburkan baja untuk kau. Supaya kau sihat dan tidak sakit.
Selepas merasa madu itu, aku pingin pulang. Aku ajak kancil dan tupai untuk pulang bersama. Mereka hampa kerana tiada apa hasil untuk dibawa pulang. Tak mengapa rakan, ada hikmahnya semua ini. Bersabar ya. Bukan hanya ada aktiviti berburu saja dalam dunia ini, masih banyak lagi yang boleh kita lakukan bersama. So, chill. Sebelum pulang, aku sempat melambai ke arah bunga itu tadi, dan memasang ikrar untuk laksanakan apa yang aku rancang tadi. Bila sampai masanya. Oh hampir terlupa, nama aku kumbang. Hee :D