Sunday, 31 March 2013

Ganyang

Habis nanti bila kalian kalah
Mahu sewenangnya beri pada mamat tu?
Hei, aku tak suka pun kalian
Tapi harapan ku, cuma jangan kalian berganjak
Nanti, ketuanan Melayu dipijak
Tiada siapa mahu jaga lagi
Mahu kah begitu?

Friday, 29 March 2013

Hati

Silap aku, kawan ...
Bencilah diri aku, dalam-dalam...
Aku akur...
Salam.

Manis

Tak perlu jealous dengan orang yang Sweet Couple, kerana manusia dicipta saling berpasangan. Cubalah jealous dengan orang yang kuat Imannya.

Ustaz Azhar Idrus.

Wednesday, 27 March 2013

Risau?

Tanggapan, tohmahan, tuduhan
yang bakal jadi
Ini semua pasal kalau
Pastinya berlaku dalam suatu penghidupan
Perahu yang didayung di atas lautan kasih
Cinta itu luas artinya

Ya, berjaga itu ngak salah
Apatah lagi kalau berjaga jaga, beria.
Jangan jadikan ia sebagai tembok
Menghalang susu putih melaluinya
Aku mahu ia jadi tenang dan lapang
Begitu juga dengan kau, barangkali?
Belum pasti, kerana harga yang tidak murah
Malah tak jual pun
Itu kata kau
Dan kerana kata itu, aku jadi suka lalu jatuh
Jatuh hati, walau masih awal lagi

Risau?
Usahlah berlebih, kawan
Biar suku gelas janji ada
Mulut manusia, jika mahu ditutup, sebelah lagi berbunyi
Kerana ada banyak sangat mulut
Dan banyak sangat cerita
Apa kau fikir jika tak pilih lorong A, mereka takkan berhenti berteriak?
Mulut manusia kawan, mulut manusia

Dengar satu pintaku
Percaya pada nalurimu, dan agamamu.
Dengan izin Allah.

Tuesday, 26 March 2013

Core

apa yang kau lihat
tak semestinya apa yang sebenarnya berlaku
tapi aku tak mahu pun kau tahu
sebab kau tak salah

aku cuma rindukan, tali persahabatan
yang aku hancurkan
*jaga diri, bro :(

Berat

susah mahu bergerak
bagai batu granit sebesar alam
di atas badan kau
mahu ke kiri susah
ke kanan susah
enggak ada yang gampang di dunia
kok lestarinya semakin berkurang

perahu asing ini
semakin mereput
tolong, bantuin aku
ini terlalu berat

Yang Mana

harus kau tahu
aku masih keliru
jangan beri aku pilihan
tapi berilah aku jalan

Bukan Dunia Atas Tanah yang Punya

kawan, kawan dan kawan
banyak jenis
aku fokuskan kalian
kalian yang sibuk membingit di sana sini
apa yang kalian tahu?
apa yang kalian mengerti, tentang dunia yang ini?
terpelengak aku dalam keghairahan kalian

retoriknya indah hanya pabila ia sudah di-cyber-kan
nampak menawan hanya pabila ia sudah dipakaikan dengan baju yang cantik
pernah kalian tahu apa yg berlaku di bawah sana?
di zon yang kata mereka hancing dan berbau busuk, dahulu?
jangan rosakkan dunia ini, kawan.

beli beberapa buah bahan baca, 
tulis beberapa patah kata,
tunjuk pada dunia,
yang kau memang dilahirkan untuk membaca dan menulis.
apa itu, syaitan?
menjengkelkan
meluat aku lihat
nak muntah
nak keluarkan semua isi perut aku
bluweekkkkkkkk
buerkkkkkkkk
buuuweerkrkkkkkkkkk...
nah lihat apa konten-nya
aku sudah tidak tahan
ini bukan prakarsa yang menginzalkan.

memang benda ini universal
sudah termazkur lahirnya untuk semua
tapi fahami dulu daulahnya
baru kau sentuh
nanti kelak manusia salah sangka
wahai manusia
yang sering salah tafsir

tumbuhnya kau melata
bagai cendawan selepas hujan
hilangnya kau nanti
aku tak tahu bagaimana

ini bukan arus perdana, kenapa kalian musnahkan?

Sunday, 24 March 2013

Terus

Biar kan ia jadi begitu kekalkan
Jangan buang
atau kurang
Aku tahu ada banyak lagi
Aku mahu belajar.


Jaga

Jerut

Daulah yang direka manusia, perlu kau patuh dan kau kata ya
Wadah itu yang kononnya tentukan betul atau salah

Guru, tak bisa berambut panjang,
Pelajar sekolah Malaysia, ada uniformnya,
Pelajar sekolah, tak bisa merokok,
Kanak-kanak, harus ke sekolah,
TADIKA
UPSR
PMR
SPTM
Sekolah Agama
Darjah Khas
Tuisyen
Kelas Tambahan
Kelas Ganti
Loceng
Rehat
Balik
Masuk Kelas
Hormat
Patuh
Kemas
Rapi
Beri Salam
Duduk Sila
Mandi Pagi
Sikat Rambut
Iron Baju
Pakai Baju
High Order Thinking
Kad Matrix
Kertas Lukisan
Asas Seni Reka
Apresiasi Seni
Bodek
Sana
Sini
Tunang
Nikah
Kahwin
Keluarga
Anak-anak
Bahagia
Amin...
Pemimpin
Anak buah
Orang bawah
Hamba tidak nyata
Kau ditipu pemimpin gila!
Diktator!
Sekularisme
Feudalisme
Liberalisme
Islam Liberal
Pale hotak kau...
Berjambul....
Berbonggol....
Mana ada, bodoh....
Bodoh...
Semua benda nampak bodoh
dan hodoh
bila kau perhati dalam-dalam
wahai anak Adam...

Tak mampu aku luah semua
sebab semua dah tutup anak tekak aku dari bersuara
Menjerutttttttt!!!! aku dalam sedar
Mulut terkunci aku dibiar jadi patung tak bernyawa

Saturday, 23 March 2013

Jual Mahal

dua garisan yang sangat jauh peletakannya. tapi ada koneksi. langsung dipertemukan untuk beberapa detik. 
biar masa yang bikin progres nya dimulai sebutir demi sebutir. mahal.