Sunday, 24 March 2013

Jerut

Daulah yang direka manusia, perlu kau patuh dan kau kata ya
Wadah itu yang kononnya tentukan betul atau salah

Guru, tak bisa berambut panjang,
Pelajar sekolah Malaysia, ada uniformnya,
Pelajar sekolah, tak bisa merokok,
Kanak-kanak, harus ke sekolah,
TADIKA
UPSR
PMR
SPTM
Sekolah Agama
Darjah Khas
Tuisyen
Kelas Tambahan
Kelas Ganti
Loceng
Rehat
Balik
Masuk Kelas
Hormat
Patuh
Kemas
Rapi
Beri Salam
Duduk Sila
Mandi Pagi
Sikat Rambut
Iron Baju
Pakai Baju
High Order Thinking
Kad Matrix
Kertas Lukisan
Asas Seni Reka
Apresiasi Seni
Bodek
Sana
Sini
Tunang
Nikah
Kahwin
Keluarga
Anak-anak
Bahagia
Amin...
Pemimpin
Anak buah
Orang bawah
Hamba tidak nyata
Kau ditipu pemimpin gila!
Diktator!
Sekularisme
Feudalisme
Liberalisme
Islam Liberal
Pale hotak kau...
Berjambul....
Berbonggol....
Mana ada, bodoh....
Bodoh...
Semua benda nampak bodoh
dan hodoh
bila kau perhati dalam-dalam
wahai anak Adam...

Tak mampu aku luah semua
sebab semua dah tutup anak tekak aku dari bersuara
Menjerutttttttt!!!! aku dalam sedar
Mulut terkunci aku dibiar jadi patung tak bernyawa

No comments:

Post a Comment