Wednesday, 3 April 2013

Suci itu Mereka

pelbagai gaya
pelbagai karenah
pelbagai keletah
bisingnya mereka
ramahnya mereka
comelnya mereka
sukanya mereka
cerianya mereka
hormatnya mereka
aku doakan mereka itu inteligensia

semua itu tak pernah lekang buat aku tersenyum puas
takkan pernah merosakkan perasaan
"Assalamualaikum Cikgu" 
"Cikgu bila nak masuk kelas kami lagi?"
"Cikgu ni main-main lah, mari sini saya buatkan"
"Nak mainnnn!!!"
"Cikgu bosan lah game ni, main game lain lah pulak"
tak semua dapat merasa


guru dan pelajar
adalah simbiosis
perlu berkongkalikong

apa pun kontennya, apa pun bilangnya
andai aja itu keluarnya dari mulut mereka
akan aku layan dan ajar
kerna mereka itu masih suci

No comments:

Post a Comment