Wednesday, 27 March 2013

Risau?

Tanggapan, tohmahan, tuduhan
yang bakal jadi
Ini semua pasal kalau
Pastinya berlaku dalam suatu penghidupan
Perahu yang didayung di atas lautan kasih
Cinta itu luas artinya

Ya, berjaga itu ngak salah
Apatah lagi kalau berjaga jaga, beria.
Jangan jadikan ia sebagai tembok
Menghalang susu putih melaluinya
Aku mahu ia jadi tenang dan lapang
Begitu juga dengan kau, barangkali?
Belum pasti, kerana harga yang tidak murah
Malah tak jual pun
Itu kata kau
Dan kerana kata itu, aku jadi suka lalu jatuh
Jatuh hati, walau masih awal lagi

Risau?
Usahlah berlebih, kawan
Biar suku gelas janji ada
Mulut manusia, jika mahu ditutup, sebelah lagi berbunyi
Kerana ada banyak sangat mulut
Dan banyak sangat cerita
Apa kau fikir jika tak pilih lorong A, mereka takkan berhenti berteriak?
Mulut manusia kawan, mulut manusia

Dengar satu pintaku
Percaya pada nalurimu, dan agamamu.
Dengan izin Allah.

1 comment:

  1. semoga engkau dapat menyuluhnya ke jalan yang benar agar dia tidak berada dalam kegusaran dan kerisauan. in sya Allah

    ReplyDelete